PASAR KRAFTANGAN

Pasar Kraftangan (Pasar Filipina)


Terletak di Jalan Tun Fuad Stephens, Pasar Kraftangan ini menjadi tarikan utama untuk mendapatkan cenderamata di kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar, Terdapat barangan perhiasan yang murah seperti pemegang kunci, gelang manik, kalung dan penanda buku. Ianya boleh dijadikan hadiah dan buah tangan untuk rakan-rakan dan keluarga, Anda juga pastinya akan sukar untuk membuat pilihan dari berbagai jenis kain sarung dan pareos yang cantik, Jangan lupa untuk melihat-lihat mahupun membeli barang kemas dari mutiara yang cantik atau kerongsang yang menakjubkan, kalung dan anting-anting yang boleh didapati di hampir setiap gerai di sini. Bagi mereka yang meminati perhiasan dari ukiran kayu, Pasar Kraftangan  menawarkan pelbagai jenis hasil ukiran kayu, termasuk topeng kayu eksotik, bingkai gambar dan panel dinding yang menakjubkan. Tidak boleh dilepaskan juga adalah pelbagai jenis bakul rotan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Juga boleh didapati makanan yang juga agak terkenal di kalangan pelancong tempatan untuk dijadikan buah tangan seperti Kuih Cincin, Keropok Amplang dan lain-lain, juga pelbagai jenis Ikan Masin yang boleh dibeli dan dibungkus untuk dibawa pulang Dan Tip yang paling penting ketika membeli-belah di pasar ini adalah untuk tawar-menawar!, Pasar ini dibuka dari 7.30 pagi – 7.30 petang setiap hari

Untuk sampai ke sana anda boleh menggunakan Khidmat Kereta Sewa kami di Kota Kinabalu Sabah dengan menghubungi (Call/SMS/Whatsapp) Talian: 014-5586425 / 011-33839087
(IMS Kereta Sewa Kota Kinabalu), Untuk Panduan Arah anda boleh menggunakan Peranti GPS atau Aplikasi WAZE dalam Telefon Bimbit anda. Anda boleh memilih Jenis Kereta yang sesuai dengan keperluan anda DI SINI