Pantai Tanjung Aru
Pantai Tanjung Aru terletak di hujung Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 6 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Mengambil namanya daripada Casuarinas atau Pokok Aru yang banyak tumbuh di tepi pantai menjadi tempat berlindung sambil menantikan matahari terbenam meninggalkan langit kemerah-merahan di waktu senja, Terdapat gerai makanan yang menyediakan makanan dan minuman tempatan dibuka sehingga larut malam. Anda boleh menikmati air kelapa muda dan air tebu, Sate ayam atau daging, kacang tanah rebus dan jagung kukus, atau makan malam di Restoran Makanan Laut yang terletak di sana. Di Pantai Tanjung Aru juga terdapat Resort yang terkemuka seperti Shangri-la Tanjung Aru Resort juga Kelab Golf Kinabalu dan Yacht Club Kinabalu
Untuk ke sana anda boleh menggunakan Khidmat Kereta Sewa kami di Kota Kinabalu Sabah dengan menghubungi (Call/SMS/Whatsapp) Talian: 014-5586425 / 011-33839087
(IMS Kereta Sewa Kota Kinabalu), Untuk Panduan Arah anda boleh menggunakan Peranti GPS atau Aplikasi WAZE dalam Telefon Bimbit anda. Anda boleh memilih Jenis Kereta yang sesuai dengan keperluan anda DI SINI.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.