AKUARIUM & MUZIUM UMS

Akuarium dan Muzium Marin UMS

Akuarium dan Muzium Marin UMS adalah  satu lagi tambahan kepada kampus Universiti Malaysia Sabah. Ditubuhkan pada tahun 1995, Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) bertujuan untuk Menggalakkan pendidikan, penyelidikan dan latihan dalam pemuliharaan dan pembangunan mampan sumber marin serta rasional penggunaan bioteknologi. Terletak dalam Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) berhadapan Teluk Sepanggar, Akuarium dan Muzium Marin ini mempunyai kemudahan akuarium yang merupakan antara yang terbaik di Pulau Borneo. Antara kemudahannya adalah tangki kaca pameran hidupan laut yang besar, Pusat Pameran Terumbu Karang terbuka, Pusat Pameran terumbu cetek, Pejalan kaki Paya bakau, Muzium Maritim dan Marin Kontemporari, Kiosk Maklumat Multimedia Interaktif, dan Diaroma Selaman Laut Dalam Sipadan.

Akuarium dan Muzium Marin UMS dibuka setiap hari kecuali pada hari Rabu dan cuti umum. Waktu melawat adalah dari 9.30 pagi-12.30 tghri  dan 2.00 ptg-4.30 ptg.

Untuk sampai ke sana anda boleh menggunakan Khidmat Kereta Sewa kami di Kota Kinabalu Sabah dengan menghubungi Talian: 014-5586425  / 011-33839087 (IMS Kereta Sewa Kota Kinabalu) Call/SMS/Whatsapp Untuk Panduan Arah pula anda boleh menggunakan Peranti GPS atau Aplikasi WAZE dalam Telefon Bimbit anda. Anda boleh memilih Jenis Kereta yang sesuai dengan keperluan anda DI SINI.

Tiada ulasan: