Jesselton
Point Waterfront
Dahulunya dikenali sebagai Terminal Feri Kota
Kinabalu, Jesselton Point Waterfront telah menjadi salah satu tarikan utama di
Kota Kinabalu sejak diswastakan pada bulan Februari 2006. Terletak di bahagian
utara pusat bandaraya Kota Kinabalu, tempat yang indah ini menyimpan sejarah lampaunya,
dihiasi dengan gambar-gambar Bandar Kota Kinabalu pada zaman dahulu (Jesselton)
dan pondok telefon merah vintaj Inggeris.
Jesselton Point Waterfront berfungsi
sebagai Terminal Feri Penumpang KK-Labuan serta Terminal Bot utama untuk ke Taman
Laut Tunku Abdul Rahman dan Pulau Gayana. Terdapat juga Gerai-gerai makan, gerai
kraftangan, dan Pusat Futsal dengan empat court.
Di samping itu, bagi penggemar
memancing ikan kini dialu-alukan untuk memancing pada waktu petang di jeti bermula
jam 06:00 ptg - 6:00 pagi dengan bayaran hanya RM10 bagi sekali masuk (dibayar
di Pusat Suria Futsal). Walau bagaimanapun, peralatan menangkap ikan tidak
disediakan, Pengunjung perlu membawa peralatan mereka sendiri.
Dalam masa
terdekat, Jesselton Point Waterfront akan diperluaskan lagi untuk menampung
lebih banyak kemudahan rekreasi, Pusat komersial, dan kediaman.
Setelah menjadi
tuan rumah bagi Festival Jazz KK 2007, Jeti Jesselton Point Waterfront kini
boleh ditempah untuk sebarang majlis samada majlis makan malam, konsert amal
atau majlis perkahwinan. Selepas seminggu penat bekerja, Jesselton Point
Waterfront adalah tempat yang sangat baik untuk merehatkan diri sambil melihat
matahari terbenam pada waktu petang yang menakjubkan,
Jesselton Point Waterfront dibuka
setiap hari dari 6.00 pagi - 2.00 pagi.
feri dan bot terminal yang
beroperasi setiap hari dari 6.00 pagi – 6.00 ptg.
Untuk sampai ke sana anda boleh
menggunakan Khidmat Kereta Sewa kami
di Kota Kinabalu Sabah dengan
menghubungi (Call/SMS/Whatsapp) Talian: 014-5586425
/ 011-33839087
(IMS Kereta Sewa Kota Kinabalu), Untuk Panduan Arah
anda boleh menggunakan Peranti GPS atau Aplikasi WAZE dalam Telefon Bimbit
anda. Anda boleh memilih Jenis Kereta yang sesuai dengan keperluan anda DI SINI