GAYA STREET FAIR

Pasar Minggu Jalan Gaya (Gaya Street Fair)

Asalnya dinamakan Bond Street, Jalan Gaya yang terletak di Kawasan KK lama telah menjadi pusat perniagaan selama lebih seratus tahun. Kedai-kedai kayu dengan atap nipah telah lama berlalu namun perniagaan keluarga turun-temurun bersambung dari bapa kepada anak terus berkembang maju. Setiap pagi Ahad, Lalu lintas di sepanjang Gaya Street akan ditutup untuk memberi laluan kepada Gaya Street Fair. Membeli-belah di bawah pokok rendang dan payung besar seperti kain batik, buah-buahan, bunga, hasil seni dan kraftangan, kasut, barangan antik, cenderamata, kuih-muih, mahupun haiwan peliharaan dan herba!. Ini adalah tempat terbaik untuk mengalami sendiri keunikan dan gaya hidup penduduk tempatan apabila seluruh keluarga keluar bersama-sama membeli-belah pada hari ahad. Gaya Street Fair diadakan setiap hari Ahad bermula dari 6.30pagi - 1.00 tengahari

Untuk sampai ke sana anda boleh menggunakan Khidmat Kereta Sewa kami di Kota Kinabalu Sabah dengan menghubungi (Call/SMS/Whatsapp) Talian: 014-5586425 / 011-33839087
(IMS Kereta Sewa Kota Kinabalu), Untuk Panduan Arah anda boleh menggunakan Peranti GPS atau Aplikasi WAZE dalam Telefon Bimbit anda. Anda boleh memilih SENARAI KERETA SEWA yang sesuai dengan keperluan anda.