MASJID BANDARAYA

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu



Dibina di atas tapak seluas 2.47 ekar di Teluk Likas, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu adalah  contoh seni bina kontemporari Islam. Terletak berhampiran dengan laut, masjid ini mempunyai ciri-ciri megah seperti Masjid Nabawi di Madinah. 

Masjid terapung ini mempunyai dewan solat yang boleh menampung 9,000 hingga 12,000 jemaah pada satu-satu masa. Ia adalah masjid yang terbesar di Kota Kinabalu setakat ini dan menjadi salah satu masjid yang terindah di Malaysia. Lagun buatan manusia yang mengelilinginya memberikan pemandangan yang indah dan cantik serta dramatik pada malam bulan purnama.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dibuka untuk kunjungan orang ramai setiap hari dari jam 8.00 pagi – 5.00 ptg kecuali pada hari Jumaat. Tiada yuran yang dikenakan kepada pengunjung.

Anda boleh ke sana menggunakan Khidmat Kereta Sewa kami di Kota Kinabalu Sabah dengan menghubungi (Call/SMS/Whatsapp) Talian: 014-5586425 / 011-33839087
(IMS Kereta Sewa Kota Kinabalu), Untuk Panduan Arah anda boleh menggunakan Peranti GPS atau Aplikasi WAZE dalam Telefon Bimbit anda. Anda boleh klik di sini untuk memilih SENARAI KERETA SEWA yang sesuai dengan keperluan anda.