Kota Kinabalu ialah Ibu Negeri
Sabah. Ia lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai ‘K.K’. Terletak di tepi laut dengan berlatar
belakangkan Gunung Kinabalu yang berdiri megah, Kota Kinabalu memiliki begitu
banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi.


Tempat lain yang
boleh dikunjungi di Kota Kinabalu ialah ‘Pulau
Layang-Layang’ yang terletak di Laut China Selatan, kira-kira 300 kilometer
ke barat laut Kota Kinabalu. Ia adalah sebuah pulau buatan manusia yang dibina
untuk Tentera Laut Malaysia tetapi kemudian telah ditukar menjadi sebuah resort
untuk aktiviti menyelam. Walaupun pulau ini bukanlah pulau semula jadi, namun ia berada di kedudukan antara
sepuluh destinasi menyelam dunia.
Satu lagi tempat yang
hebat untuk melihat berjuta makhluk marin adalah di ‘Tunku Abdul Rahman Park’. Anda boleh bersnorkel atau mengelilingi
pulau bergantung kepada pakej yang anda pilih. Anda juga tidak perlu tinggal
lebih lama kerana terdapat pakej lawatan sehari yang boleh anda ambil
‘Pantai Tanjung Aru’ adalah
tempat yang anda perlu kunjungi jika anda ingin melihat pemandangan indah
apabila matahari terbenam di waktu senja. Ia adalah tempat kegemaran penduduk
tempatan untuk berkunjung pada hujung minggu. Ia biasanya sesak pada hujung
minggu kerana ramai keluarga yang datang ke sini untuk berehat bersama
anak-anak dan kaum kelarga.
Kota Kinabalu juga mempunyai
banyak tempat-tempat lain yang menarik. Anda boleh memilih untuk melawat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Waterfront,
Menara Tun Mustapha (Bangunan Yayasan Sabah), Kota Kinabalu Wetland Centre, KK
Esplanade, Jesselton Point Waterfront, The Green Connection dan Gaya Street
Sunday Market. Manakala di Ranau anda boleh mengunjungi Kinabalu Park, Kundasang War Memorial, Cattle Farm, Poring Hot Spring, Luanti Fish SPA, Sabah Tea Garden dan lain-lain.
Di Kudat pula anda boleh melawat ke Tip Of Borneo (Simpang Mengayau), Rungus Longhouse, Traditional Bee Farm, Gong Making dan lain-lain. Ada banyak lagi tempat menarik di daerah lain di Sabah.
Di Kudat pula anda boleh melawat ke Tip Of Borneo (Simpang Mengayau), Rungus Longhouse, Traditional Bee Farm, Gong Making dan lain-lain. Ada banyak lagi tempat menarik di daerah lain di Sabah.
Dengan begitu
banyak tempat menarik untuk dilawati, seharusnya anda meluangkan lebih masa
untuk tinggal lebih lama di Kota Kinabalu. Hotel-hotel dan Penginapan terdapat
banyak di Kota Kinabalu namun tempahan perlu lah dibuat terlebih dahulu bagi
mengelakkan kesukaran di saat akhir
Bagi anda yang
berkunjung ke Kota Kinabalu dan memerlukan Khidmat kereta Sewa untuk mengunjungi tempat-tempat yang menarik
di Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau, Kudat, Beaufort mahupun di sebelah Pantai
timur sabah seperti Sandakan, Lahad datu, Semporna dan Tawau, Kami di IMS
Kereta Sewa Sabah ada menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa dengan harga yang
berpatutan mengikut keperluan dan permintaan anda,
Hubungi kami (IMS
Kereta Sewa Sabah) di talian: 014-5586425 / 011-33908783 melalui Panggilan/SMS/Whatsapp, atau
Email kami di: ikhwanmultiservices@gmail.com
Untuk melihat dan
memilih jenis-jenis kereta yang sesuai dengan keperluan anda sila Klik